Friday, December 17, 2010

Balik Penang!!!!!!!

Makcikku baru dapat seorang bayi perempuan... Dia diam di pulau pinang, kampung babaku... Kami pulang ke kampung untuk menjengok bayi tersebut sekaligus menjengok bak kata pepatah, "Sambil menyelam, minum air"... Kami telah sampai di sana pada hari khamis malam rabu kira-kira jam 9 malam... Kami terus menuju ke rumah makcikku untuk menjengok bayi barunya... Bayi tersebut diberi nama 'Ariej Ibtihej'... Sejurus selepas itu, kami ke rumah nenek di Mengkuang Mak Sulong... Nenekku sudah tidur... Pakcikku yang diam di situ yang bukakan pintu... Keesokan harinya, nenekku terkejut melihat kami dan berasa amat gembira... Kira-kira jam 7, aku dan ayah pergi beli nasi lemak yang berharga hanya RM 0.60 shj di hujung kampung... Kami pulang dan makan bersama-sama... Nenekku yang semakin nyanyuk sering bertanya,"Hang beli di mana?"... Selepas makan, kami terus mengawasi nenek kerana takut dia menyorokkan nasi lemak tersebut... Akhirnya, ibuku mengambil nasi lemak tersebut dan menyorokkannya sebelum dijumpai oleh nenek... Pada hari itu, aku menelefon abangku dan mengajaknya ke Sunway Carinival Mall... Dia hadir di rumah nenek kira-kira jam 3 petang... Aku bersama dua abangku pun pergi ke sana... Kami menempah tiket wayang filem, Aku Masih Dara dan terus masuk panggung kerana filem telah bermula... Setelah filem romantik komedi yang penuh pengajaran itu berakhir, abangku pergi menempah tiga lagi tiket filem Tron Legacy jam 7.55 malam... Sementara menunggung waktu tayangan, kami pergi ke food court untuk menikmati makan malam... Kami pesan nasi goreng padprik ayam... Kami masing-masing tambah lagi satu nasi goreng padprik ayam... Selepas itu, kami pergi ke surau untuk menunaikan solat... Di situ, kami bertemu dengan seorang muallaf yang lebih arif dalam bidang agama dari orang islam yang lain... Kami bersembang dengannya hingga masuk waktu solat maghrib... Kami pun solat dan terus ke panggung wayang untuk menyaksikan Tron Legacy... Selepas itu, kami pulang... Dalam perjalanan pulang, kami berhenti di sebuah gerai char kuey tiau untuk membelinya buat orang di rumah... Setelah sampai rumah, aku menukar pakaian dan terus melelapkan mata... Pada keesokan hari, nenek bertanya kepada ibu,"Bila hang mai?" Sedangkan kami sudah sampai semalam... Pada hari yang sama, dia sering bertanya, "Mana mak ndak hang?" Abangku puas menjawab bahawa mak ndak sudah berada di Kuala Lumpur bersama mak teh... Nenek menjawab, " Dak eh... Dia ada tadi..."... Soalan itu sering diajukannya... Pada malam ini, kami pulang ke Kuala Lumpur...

1 comment:

  1. bape hari hang blik penang??..tu dye..haha..owh..hang cite gak nah ttg nenek hang tu..huhu..weyh..pi tgk wayang sehari 2 kali..hebat tau!!

    ReplyDelete