Wednesday, December 29, 2010

Hahahaha!!!!

Assalamualaikum... Aku dah sampai Bota, rumah kampungku... Ahad depan dah masuk asrama... Kena ready untuk PMR... Takut... Tapi malas belajar... Moga 100% 9a... AMIN... Barang-barang untuk sekolah dah beli... Tapi aku masih geram... Sebab aku terambil pen hitam... Tapi yang aku perlukan pen biru bukan hitam... Tapi takpalah... Tahun depan buku tak biru lah... hahahahahahahahahaha!!!!!!!!!

Friday, December 17, 2010

Balik Penang!!!!!!!

Makcikku baru dapat seorang bayi perempuan... Dia diam di pulau pinang, kampung babaku... Kami pulang ke kampung untuk menjengok bayi tersebut sekaligus menjengok bak kata pepatah, "Sambil menyelam, minum air"... Kami telah sampai di sana pada hari khamis malam rabu kira-kira jam 9 malam... Kami terus menuju ke rumah makcikku untuk menjengok bayi barunya... Bayi tersebut diberi nama 'Ariej Ibtihej'... Sejurus selepas itu, kami ke rumah nenek di Mengkuang Mak Sulong... Nenekku sudah tidur... Pakcikku yang diam di situ yang bukakan pintu... Keesokan harinya, nenekku terkejut melihat kami dan berasa amat gembira... Kira-kira jam 7, aku dan ayah pergi beli nasi lemak yang berharga hanya RM 0.60 shj di hujung kampung... Kami pulang dan makan bersama-sama... Nenekku yang semakin nyanyuk sering bertanya,"Hang beli di mana?"... Selepas makan, kami terus mengawasi nenek kerana takut dia menyorokkan nasi lemak tersebut... Akhirnya, ibuku mengambil nasi lemak tersebut dan menyorokkannya sebelum dijumpai oleh nenek... Pada hari itu, aku menelefon abangku dan mengajaknya ke Sunway Carinival Mall... Dia hadir di rumah nenek kira-kira jam 3 petang... Aku bersama dua abangku pun pergi ke sana... Kami menempah tiket wayang filem, Aku Masih Dara dan terus masuk panggung kerana filem telah bermula... Setelah filem romantik komedi yang penuh pengajaran itu berakhir, abangku pergi menempah tiga lagi tiket filem Tron Legacy jam 7.55 malam... Sementara menunggung waktu tayangan, kami pergi ke food court untuk menikmati makan malam... Kami pesan nasi goreng padprik ayam... Kami masing-masing tambah lagi satu nasi goreng padprik ayam... Selepas itu, kami pergi ke surau untuk menunaikan solat... Di situ, kami bertemu dengan seorang muallaf yang lebih arif dalam bidang agama dari orang islam yang lain... Kami bersembang dengannya hingga masuk waktu solat maghrib... Kami pun solat dan terus ke panggung wayang untuk menyaksikan Tron Legacy... Selepas itu, kami pulang... Dalam perjalanan pulang, kami berhenti di sebuah gerai char kuey tiau untuk membelinya buat orang di rumah... Setelah sampai rumah, aku menukar pakaian dan terus melelapkan mata... Pada keesokan hari, nenek bertanya kepada ibu,"Bila hang mai?" Sedangkan kami sudah sampai semalam... Pada hari yang sama, dia sering bertanya, "Mana mak ndak hang?" Abangku puas menjawab bahawa mak ndak sudah berada di Kuala Lumpur bersama mak teh... Nenek menjawab, " Dak eh... Dia ada tadi..."... Soalan itu sering diajukannya... Pada malam ini, kami pulang ke Kuala Lumpur...

Monday, December 13, 2010

Badminton!!!!!!

Aku dan abangku hantar kereta merahku ke rumah sepupuku yang terletak di Desa Pinggiran Putra... Kami bergegas pulang untuk melakukan aktiviti mingguan kami, bermain badminton bersama rakan-rakan baba... Kami dihantar pulang oleh sepupuku... Dalam perjalanan, aku terima panggilan telefon daripada ibuku... Beliau meminta aku untuk membeli makanan untuknya... Katanya beliau belum makan dari pagi... Aku pun singgah medan selera berhampiran BHP Petrol Station... Aku pun beli 4 bungkus kuey tiaw kerang... Kami sampai rumah kira-kira jam 9 setengah malam... Aku pun bergegas menukar pakaian sukan... Setelah aku menukar pakaian, aku mendapati bahawa terdapat banyak lagi masa sebelum jam sepuluh... Aku pun sempat menonton drama 'Awan Dania 3'... Setelah itu, aku pun pergi ke pusat komersial komuniti Bandar Tun Razak... Aku sampai di sana ketika orang sudah mula bermain... Aku duduk di tepi gelanggang dahulu... Pada hari ini, aku dapat main banyak set... Aku berasa amat gembira kerana rentak permainanku semakin baik...

Friday, December 10, 2010

Kereta Merahku Pulang dan akan Pergi!!!!!!!!

Keluargaku memiliki banyak kereta... Namun yang paling terlekat di hati hanyalah kereta merah ini, Perodua Myvi 1.3ez auto bernombor plate WNX 3344... Aku juga tidak mengerti mengapa aku amat menyayangi kereta ini... Walau bagaimanapun, aku berasa gembira kerana ia sudah kembali ke pangkuan keluargaku... Ia telah disewakan kepada seorang staff Alpha One(Terapi Medan Elektrik), Taman Tun Dr Hussein Onn... Keretanya telah mengalami sebuah kemalangan yang agak teruk... Tetapi Alhamdulillah kecelakaan itu tidak meragut nyawa sesiapa... Kereta merahku itu telah diserahkan kepada beliau sebulan yang lepas... Ayahku menyewakannya kepada staff Alpha One itu kerana kasihan akan kejadian yang menimpa mereka... Isteri staff Alpha One itu sedang sarat mengandung dan sedang menunggu masa untuk melahirkan... Kini, kereta merahku telah pulang dalam keadaan yang baik dan terjaga... Tetapi kemungkinan kereta itu akan dipinjamkan kepada sepupu perempuanku yang baru sahaja menamatkan pelajarannya di Australia... Beliau pulang dan meminta bantuan babaku untuk mencari sebuah kereta untuk dibelinya... Kami sekeluarga telah bersetuju untuk meminjamkannya kereta merahku itu sementara baba mencarikan kereta untuknya...

Thursday, December 9, 2010

Karaoke!!!!!!

Sungguh bosan hari itu... Abangku juga sependapat denganku... Setelah menonton sinetron gilaan ramai, 'Cinta Kirana', abangku mencari sinopsis sinetron itu di internet... Kami pun membacanya setelah mendapatkan sinopsisnya... Di bawah sinopsis itu terdapat lirik lagu 'Dia Milikku' yg menjadi ost sinetron tersebut... Kami pun terpekik dan terlolong bersama-sama... Dari situ, kami dapat idea untuk pergi berkaraoke untuk menghilangkan segala kebosanan kami... Kami pun pergi ke The Mines... Kami mendapat bilik 8 untuk melepaskan gian untuk berkaraoke... Kami berkaraoke selama sejam... Sungguh puas rasanya... Kini, suara kami kian menghilang...

Monday, December 6, 2010

Maal Hijrah!!!!!!!!

Salam Maal Hijrah
buat semua!!!!!!!!!!!!

Riak!!!!!!!!

Riak adalah merupakan satu amalan yang kecil sahaja. Ia kadangkala hanya tersemat di celah-celah masalah yang begitu banyak, tetapi tindakannya, memberi kesan yang sangat besar dan buruk, menyebabkan mereka yang terlibat akan terhina, bankrap, mereka tidak mempunyai harapan langsung untuk menjayakan diri mereka. Amalan yang diharap-harapkan untuk membantu mereka di alam Baqa’ telah hangus, dan tidak diterima, walaupun amalan riak hanya kecil sahaja.

Riak atau menunjuk-nunjukkan amalan kebajikan, atau ketaatan seseorang Islam di dalam agamanya. Jika amalan (ibadah) yang dikerjakan itu, terlibat dengan cara sengaja ingin menunjukkan amalan yang baik yang telah dilakukan olehnya itu kepada selain dari Allah s.w.t. untuk mendapat pujian dari mereka, atau untuk dihormati akan dirinya, dan lain-lain, maka ia adalah riak yang diharamkan.

Dalam hal ini ada beberapa cara, ada di antaranya dibenarkan, bahkan digalakkan, dan tidak kurang pula yang dilarang.

Pecahan Riak

Pecahan riak secara kasar kepada tiga (3) jenis:

(1) Haram

(2) Harus

(3) Digalakkan

1. Riak yang diharamkan

Adapun riak atau menunjuk-nunjukkan yang haram itu, ialah yang boleh membawa keburukan kepada yang melakukannya, dengan menunjuk-nunjukkan amalan amalan kebaikan yang dikerjakan kerana Allah itu, digunakan untuk mendapat sesuatu faedah selain dari Allah, atau paling tidak ibadah yang dikerjakan kerana Allah itu ingin ditunjukkan kepada orang lain, dengan tujuan mendapat pujian, atau penghormatan, pengiktirafan baginya, atau melaluinya (ibadah tersebut) ia mempunyai matlamat-matlamat yang lain dari matlamat-matlamat keredhaan Allah, pahala dari Allah, atau selain dari semata-mata menjunjung perintah Allah (swt).

Ibadah yang diriakkan itu pada hakikatnya, telah terkeluar dari status ibadah, kerana di dalam tiap-tiap keriakan yang haram itu berlaku, maka di sana terdapat pula persamaan sekalipun jika tidak seratus peratus, persamaan di antara yang berhak dengan batil. Persamaan yang layak dengan yang tidak layak. Persamaan di antara yang mencipta dengan yang diciptakan dan lain-lain lagi.

Pendek kata, tiap-tiap ibadah, walaupun ia dikerjakan di hadapan khalayak ramai seperti di surau, masjid, di padang dan sebagainya, ianya dimestikan kepada satu zat sahaja, tanpa ada niat, atau maksud hendak menunjuk-nunjuk ibadah itu kepada sesiapa, untuk tujuan yang berfaedah, bahkan mesti tidak ada kepentingan dari ibadah yang dikerjakan untuk Allah itu kepada selain daripada dariNya walaupun sebesar zarah sekalipun. Jika masih mempunyai kepentingan darinya kepada selain daripada Allah (swt), maka itulah riak haram, dan ia adalah syirik khafi (syirik kecil), ia adalah perkongsian hak dan kuasa, secara halus, ia adalah haram.

Banyak hadis menunjukkan petunjuk-petunjuk yang haram itu melalui riak, segala amalannya tidak mendapat ganjaran dari Allah (swt) dan segala-galanya menjadi sia-sia, dan bukan setakat itu sahaja, bahkan mereka yang terlibat itu pula akan diazabkan, kerana tidak jujur dengan ibadatnya, kerana wujudnya perkongsian ketika itu.

Dalam satu hadis Rasulullah (saw) bersabda maksudnya: “Jaga (diri) dari syirik kecil, (apabila ditanya) apa dia syirik kecil itu, sabdanya, riak.” (Khazinatul Asrar, 1/42)

2. Riak Yang Diharuskan

Riak yang harus ini, tidak lain dari menunjukkan apa yang telah dikurniakan oleh Allah (swt) kepada seorang, sebagai mensyukurinya, sepertimana firman Allah (swt) yang maksudnya:

“Adapun nikmat kurniaan Allah (s.w.t.) kepada kamu (wahai Muhammad) harus diceritakan, atau ditunjukkan kepada orang ramai.” (Surah ad-Dhuha, ayat 11)

Dalam riak yang harus ini, pada hakikatnya tidak ada perkongsian, atau matlamat sampingan di dalam mana-mana ibadah, dan pada hakikatnya, ia bukanlah satu riak yang diharamkan, cuma ada sedikit persamaan iaitu menunjuk-nunjukkan iaitu menunjukkan nikmat kurniaan Allah ke atasnya, dengan syarat sebagai mensyukurinya, ia adalah diharuskan selagi tidak tersalah anggapan terhadap pengurniaan itu, ia adalah dari Allah (swt).

3. Riak Yang Digalakkan

Ada juga riak iaitu menunjukan-nunjukkan sesuatu kepada orang yang digalakkan, ia yang bermotif menarik perhatian umum supaya mereka juga melakukan sedemikian itu kerana Allah (swt).

Riak ini sebenarnya bukanlah riak dalam erti kata sebenar, atau menunjuk-nunjukkan yang diharamkan, kerana motifnya, ialah Allah (swt) juga, iaitu seperti menunjukkan derma, bantuan yang dihulurkan bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik, supaya timbul pada perasaan orang lain itu, keinginan untuk menghulurkan derma bakti kepada mereka-mereka yang memerlukannya. Begitu juga seperti mengiklankan, menunjukkan zakat yang hendak dikeluarkan, supaya ada mereka yang lain pula ingin mengeluarkan zakatnya kerana Allah (swt). Jadi tujuannya, untuk menggalakkan orang lain berbuat kebaikan.

Begitu juga dengan riak, atau menunjuk-nunjukkan sebagai pelajaran, supaya ia dipelajari. Pendek kata penunjukkan seperti di atas, adalah digalakkan, tetapi dengan syarat bahawa segala yang dilakukan itu mestilah kerana Allah (swt). Mudah-mudahan dengan cara sedemikian boleh menarik orang ramai melakukan ibadah tersebut yang dikehendaki oleh Allah (swt).

Wallahu a’lam bissawab, wailmuhu atammu wa adalla.

(Perbahasan lanjut mengenai tajuk ini boleh dibaca dalam buku Nasbun Nuraini Jilid 4 di bawah tajuk Sifat Wuduk Kelapan Belas, Bab Pertama Berhubung Dengan Air Sembahyang (Wuduk) )


Sunday, December 5, 2010

Hidup Yang Membosankan!!!!!

Hidup ini sungguh membosankan... Aku merasakan hidupku kosong... Aku terpaksa menjaga sepupuku yang berusia 7 tahun kerana ibunya pergi melancomg ke Chiangmei seorang diri... Dengan itu, aku terpaksa tinggal di rumahnya selama 7-8 hari... Rumahnya tiada internet dan astro... Itu yang membuatkan suasana bertambah bosan... Pada tengahari 5 Disember 2010, aku mengikuti ibu bapaku mengiringi rombongan pengantin wanita kerana ibu bapaku merupakan tok menakan(kata orang utara*) pengantin wanita... Ibu bapaku duduk dan menikmati hidangan di meja pengantin manakala aku terpaksa duduk di meja rombongan pengantin wanita bersama dua pupuku yang tidak begitu rapat denganku... Tetapi aku bersyukur kerana ibu bapaku membawaku pulang ke teratak keluarga kami yang serba indah ini... Aku tidak perlu mendiami rumah makcikku itu... Aku masih berada dalam keadaan bosan apabila abang keduaku terbang ke Gold Coast, Australia bersama-sama dengan ibu bapa angkatnya yang merupakan mak menakan(kat orang utara*)ku... Makcikku yang ke Chiangmei itu akn pulang ke tanah air pada 8 Disember... Kebosananku akan berkurang pada saat itu kerana aku tidak perlu mendiami rumahnya lagi... Kebosananku ini akan lenyap apabila kembara abangku ke Gold Coast tamat iaitu pada 12 Disember... Semoga saat itu cepat sampai...

Wednesday, December 1, 2010

Anai-Anai!!!!


Pada petang 1 Disember 2010, aku mengemas rumah... Aku pun memulakan kerja dengan mengemas bilik aku dahulu... Aku pun mengangkat kotak-kotak yang aku dipenuhi dengan buku yang dibawa pulang dari asrama... Tiba-tiba aku berasa seperti jariku digigiti serangga... Apabila aku periksa jariku, aku terlihat seekor anai-anai... Aku tersentap setelah melihat ke lantai dan bawah kotak-kotak itu... Aku ternampak berjuta-juta anai-anai sedang memproses kotak-kotak dan buku-bukuku... Aku terus menjerit memanggil abangku... Abangku datang dan terkejut melihatnya... Dia terus turun ke tingkat bawah teratak kami untuk mengambil racun anai-anai... Malangnya, penyembur racun tersebut sudah tidak berfungsi... Aku pun mengambil penyapu dan menyapunya... Naseb baek anai-anai tersebut belum sempat mengerjakan buku-bukuku... Dah lah semua buku tu buku rujukan dan revision untuk PMR tahun depan... GERAM sungguh aku dibuatnya...