Rendang yang sering terhidang di atas meja makan rumahku adalah merupakan air tangan abi... Pada pagi 30 November 2010, buat pertama kalinya mamaku menunjukkan kehebatannya di dapur... Seawal jam 8 pagi beliau memanggilku untuk membantunya beraksi di dapur teratak kami yang serba indah ini... Dengan menggunakan segala kehebatan yang ada pada beliau, beliau memulakan kerja memotong daging... Walhal aku memulakan kerja mengupas kulit dan mem'blend'... Dalam keasyikan mama memotong daging, tiba-tiba, beliau berasa untuk menunaikan hajatnya di tandas... Setelah 30 minit berada di dalam bilik air, beliau keluar dengan semangat yang membara untuk meneruskan kerja memotong... Sekeluarnya dari tandas, beliau mendapati bahawa tugas yang diberikan kepadaku sudah hampir sempurna... Beliau dengan kelam-kabut bergegas ke dapur utama untuk meneruskan tugasnya... Apabila aku sudah sempurnakan tugasku, aku terus ke dapur utama untuk memberitahu kesempurnaan tugasku itu. Mama pun berkata, "Takpalah... Adik bawak mai semua tu... Pastu masukkan dalan kawah... Biaq mak buh minyak... adik pi ambik segala ramuan yang adik dah blend"... Aku pun tanpa banyak soal terus membawa semua hasil "blender" ke dapur utama... "Adik gaul sampai sebati... Jangan tinggal... Nanti berkerak... Mak nak potong daging ni... Banyak lagi ni... Eh... Takpalah... Adik pi ambik timbang... Timbang daging... Mak jaga kawah..."kata mamaku tercinta... Setelah aku membawakan sebuah timbang dari ruang tamu, mamaku terus berikan aku daging untuk ditimbang... Aku pun beritahu mama bahawa jisim daging itu adalah lebih kurang 3 kg... Sejurus selepas itu, aku teruskan tugasku untuk menjaga kawah... Tiba-tiba, kedengaran suara,"Adik, mai tolong pegangkan daging... Mak nak basuh... Berat... Tangan mak tak kuat"... Aku pun pergi membantu mamaku itu... Selepas itu, mama terus memasukkan daging ke dalam kawah yang dipenuhi cili, lengkuas, halia, kunyit dan bawang yang telah di"blend"kan... Mama menjaga kawah... Aku pun pergi membasuh segala bekas-bakas yang telah digunakan... Apabila mama ingin memasukkan kerisik, mama baru perasan bahawa kerisik tersebut sudah mencapai expiry datenya... Mama minta abangku untuk ke kedai untuk membelinya... Aku juga turut sama ke kedai dan membelinya... Sepulangnya kami di rumah, mama memasukkan kerisik ke dalam rendang daging masakannya itu... Kini mama hanya perlu menunggu rendang tersebut kering... Walau bagaimanapun, mama tidak membiarkan rendang itu terlalu kering kerana ramai diantara keluarga kami yang suka makan nasi dengan kuah... Mama pun memanggilku untuk menyediakan apa yang patut... Mama ingin menonton sinetron kegemarannya iaitu SAFA DAN MARWAH... Aku pun bersihkan dapur...................
No comments:
Post a Comment