Saturday, November 20, 2010

Anak Zaman Ini

Anak Zaman Ini
Solatnya tinggal di kaca tv
Penyanyi pujaannya setaraf nabi
Rekod-rekodnya kitab suci
Dibeli, dipamer dgn bangga
Itulah santapan rohani

Anak Zaman Ini
Doa tak sefasih maki hamun
Kutuk-mengutuk di padang bola perkara biasa
Pesta raya sebagai usrah
Kerana masjid bangunan hiasan
Al-Quran untuk pertandingan agama di sijil
Untuk pekerjaan

Anak Zaman Ini
Kaki dadah dan hamba serampo
Halal haram perkataan sinonim
Kerana falsafah pujangga dan teori sains lebih diingati
Dari ayat suci dan sirah para anbiya'

Anak Zaman Ini
Konon anak tabung uji
Lahir dalammakmal sains dan teknologi
Hidup baginya hanya sekali
Maksiat menjadi urat nadi
Fikiran jasmani di jajah Yahudi
Dadah menjadi makanan asasi

Anak Zaman Ini
Sibuk mengejar saham kehidupan
Hingga lupa saham akhirat yg lebih diperlukan
Melawan kata orang tua bagai berhujan di atas pentas

No comments:

Post a Comment