Tuesday, November 30, 2010

Belajar Memandu Kereta!!!!!!!!

Pada petang 30 November 2010, babaku membawa pulang sebuah kenderaan yang akan dipinjamkan kepada rakannya... Proton Iswara 1.3m sedan berinteriorkan kulit harimah bintang bernombor plate PDP 5472... Abang-abangku teruja untuk mencuba kenderaan tersebut kerana ia merupakan kerata manual... Sudah sekian lama mereka tidak memandu kereta manual kerana kelima-lima kereta yang dimiliki baba saat ini merupakan bergear automatik... Di saat abangku mencubanya, tiba-tiba, abang-abangku mempelawa aku untuk mencuba memandu kereta itu... Aku sudah cuak... Tetapi aku atasi perasaan itu dan mencubanya... Pada awal aku melepaskan clutch, enjin kereta mampos... Aku mencuba lagi... Kali ini, percubaanku lebih baik... Tiba-tiba abangku menyuruh aku untuk brek...Aku pun tekan brek dengan sekuat hati... ARGHHH... Semua airbags hampir terkeluar... Naseb baek kereta itu tiada airbags... Selepas itu, alhamdulillah, percubaanku semakin baek... Tetapi ada ketika kakiku bergetar dengan begitu kuat... Aku pun tak pasti mengapa... hehe

3 comments: